Blog is still under maintenance. Any inconvenience caused is highly regretted. Stay tuned.

Friday, January 30, 2015

Revelation the Truth : Disclosing the Untold Story


 “Kau buat apa ni Usu? Cuba kau cakap kat aku. Apa benda yang kau merepek ni? Aku cakap bodoh kan, kau golongan bijak pandai. Aku tengah panas ni. Ada yang makan sepak terajang aku kan.”

Ateh Udin bangun sejurus menghentak meja makan dengan penumbuk kanannya. Bergema suaranya yang lantang di dalam rumah Ngah Aman ini. Suasana menjadi lengang seketika. Tadinya rumah ini penuh dengan hilai tawa orang-orang dewasa dan teriakan anak-anak kecil berlarian.

“Sabar Ateh, sabar! Bawa istighfar banyak-banyak Ateh. Depan anak cucu kita ni. Malu sikit. Jangan ikutkan perasaan.” Dalam lembut ada tegas Long Madi memujuk adiknya itu. Terserlah perwatakan abang sulong di dalam keluarga.

“Aku pun tak berapa nak sokong idea kau ni Usu. Kau jangan buat main-main dengan benda ni semua.” Achik Azam menyuarakan isi hati yang juga tidak puas hati dengan tindakan adik bongsunya itu.

“Kau buat benda ni semua ada kau tanya dengan adik-beradik lain ke? Cukuplah Usu kami adik-beradik ni berkorban untuk kau. Along tu banyak sangat dah jasa dia pada kau. Kau jangan jadi adik tak kenang budi Usu.” Ude Idan menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.

“Eh! Usu! Kau ingat balik. Along tak sempat nak jumpa arwah ayah buat kali terakhir bukan disebabkan kau? Bukan kerana kau? Sayang dia pada adik dia. Biar kena maki. Biar kena halau. Tapi tindakan kau ni dah buat hati dia luluh kau tahu? Kau ni jenis manusia apa Usu?” Ateh Udin yang tadinya bersandar pada tingkap rumah menunding-nunding jarinya ke arah Usu Ahlan.

Saat itu Long Madi sudah mula menundukkan wajahnya ke bawah. Tahu, tika itu dia menangis. Teringatkan arwah ayahnya mungkin. Ngah Aman yang berkerusi roda disebelahnya mengusap lembut belakang Long Madi. Cuba menenangkan Long Madi.

“Aku tahu apa aku buat ni Ateh. Ni semua untuk kepentingan kita semua juga. Kau jangan risau, orang yang uruskan semua ni kawan aku. Kau boleh percaya dengan dia. Lagipun dia dah bagi pendahuluan 1.2 juta dekat aku. Seorang akan dapat 200 ribu. Baki dia akan bagi selepas semua ni selesai.” Usu Ahlan tenang menjawab sambil meletakkan cermin matanya di atas meja makan.

“Kau ni terdesak sangat ke Usu nak pakai duit? Ke kau dah buta dengan duit yang kawan kau tabur tu?” Jerkah Ude Idan.

“Kau dengar sini Usu. Kalau kau rasa kau tak berkemampuan. Kau jangan kahwin sampai berpuluh-puluh. Tu masa kau cerai dengan bini pertama kau tu. Masa kau tergila-gilakan betina kat tempat kerja kau tu. Siapa jaga anak-anak kau? Makan minum pakai dia orang? Nak harapkan bekas bini kau tu yang tak kerja tu? Kau tanya anak-anak kau tu? Siapa? Ni! Aku yang kutip. Aku yang jaga. Alhamdulillah bila dah besar jadi manusia semuanya.”

Anak-anak Usu Ahlan dengan isteri pertama masing-masing menundukkan wajah. Tanda akur dan setuju dengan kenyataan Ateh Udin. Sejurus dia menyambung lagi.

“Dah kena kikis dengan betina tu. Kau tak serik lagi. Bercinta pula dengan bini kau yang kedua kan? Kahwin. Bahagialah kononnya. Dapat tahu bini sakit barah. Pasang lagi seorang. Anak dah masuk dua dengan bini nombor tiga baru lah abang-abang kau yang bodoh ni tahu kan? Bini kau tu, sampai ke mati dia tak tahu dia dimadukan. Suami jenis apa kau ni?”

“Sudahlah tu. Tak elok bertengkar adik-beradik. Tak malu ke dengan anak bini ni?” To’ Wan sudah teresak-esak di satu sudut. Ditenangkan oleh Long Tipah, Ngah Esah dan Achik Shira.

“Mak, biar dia tahu siapa diri dia mak. Biar dia sedar sikit. Kalau tak sampai bila dia tak tahu asal usul dia macam mana. Hidup dia tunggang-langgang. Tu, Usu Ina tu. Bini nombor enam. Empat lima entah siapalah. Abang-abang sendiri tak tahu. Kau beruntung Usu Ina kau tu baik. Tak melawan. Ikut saja cakap kau. Dalam baik-baik dia pun kau kahwin juga lagi. Tu Izzah, peguam kat KL. Tu Nani, pensyarah universiti. Dah nak sama umur dengan anak sulung kau dah. Kau tak terasa nak cukupkan kuota kau ke?” Tercungap-cungap Ateh Udin menarik nafasnya.

“Aku tahu aku banyak buat salah. Aku tahu semua tu. Tapi...” Belum sempat Usu Ahlan menghabiskan kata-katanya, Long Madi terus memotong.

“Along kalau boleh, along tak nak jual tanah pusaka ayah tu. Along nak dirikan rumah kat situ. Along dah tak larat Usu. Along nak sangat mati kat sini. Along nak mayat along nanti satu tanah dengan ayah. Dah lama sangat along duduk negeri orang.”

Suasana kembali menjadi hening. Sebak menyelubungi setiap ruang. Diganti dengan sedu-sedan kaum-kaum wanita di dalam rumah Ngah Aman ini.

---intermission---


So, that's how Eiman ended up here in Malaysia. This is all about my late grandfather's will. A little bit confused? Siapa yang baca previous entry, dia mesti akan tertanya-tanya. To' Bah dah meninggal? The answer is NO. Actually, To' Wan kahwin dua kali. After To' Ayah passed away. To' Wan kahwin dengan To' Bah. Tapi perkahwinan To' Wan dengan To' Bah tak ada sebarang anak pun. Semua ni pun diceritakan To' Bah sendiri. Patutlah selama ni Eiman terfikir kenapa nama To' Bah lain dalam passport papa.

Adik-beradik papa semuanya lelaki (Long Madi, Ngah Aman, Ateh Udin, Ude Idan, Achik Azam and Usu Ahlan). What can I say is keluarga To' Wan ni besar sangat-sangat. Sebab my cousins ada yang dah dapat cucu. Hahaha... On that day tu, actually hari berkumpul saudara-mara lah. Memang semua kena hadirkan diri. Tak kisahlah kau dari mana sekali pun. Memang kena hadir. Melainkan ada emergency cases yang tak dapat nak elak dah.

Kalau diikutkan pada To' Ayah's will, tanah pusaka tu perlu dibahagikan kepada 8 bahagian (To' Wan, semua adik-beradik papa and seorang cucu sulong). Tapi Usu Ahlan dah buat satu tindakan yang membuatkan adik-beradik lain naik berang. Pembahagian tanah pusaka ni, sampai sekarang belum ada kesudahannya.  Eiman sendiri tak tahu sampai bila akan dinoktahkan.

Banyak rahsia yang terbongkar dalam masa setahun Eiman berada di Malaysia. Especially, kenapa papa beria sangat nak balik Malaysia. Semua sudah terjawab. And, I hereby revealed the truth, disclosing the untold story.






Psst : Maafkan Eiman sebab lama sangat tak update my blog okay? New entry is coming soon... 



"The thoughts of you... They are consuming me!!! Arghhh..."
_EimanHazdy_ 

Disclaimer. Copyright © 2014 Eiman Hazdy's Blog. All right reserved.