Blog is still under maintenance. Any inconvenience caused is highly regretted. Stay tuned.
Showing posts with label Eiman Hazdy. Show all posts
Showing posts with label Eiman Hazdy. Show all posts

Friday, January 30, 2015

Revelation the Truth : Disclosing the Untold Story


 “Kau buat apa ni Usu? Cuba kau cakap kat aku. Apa benda yang kau merepek ni? Aku cakap bodoh kan, kau golongan bijak pandai. Aku tengah panas ni. Ada yang makan sepak terajang aku kan.”

Ateh Udin bangun sejurus menghentak meja makan dengan penumbuk kanannya. Bergema suaranya yang lantang di dalam rumah Ngah Aman ini. Suasana menjadi lengang seketika. Tadinya rumah ini penuh dengan hilai tawa orang-orang dewasa dan teriakan anak-anak kecil berlarian.

“Sabar Ateh, sabar! Bawa istighfar banyak-banyak Ateh. Depan anak cucu kita ni. Malu sikit. Jangan ikutkan perasaan.” Dalam lembut ada tegas Long Madi memujuk adiknya itu. Terserlah perwatakan abang sulong di dalam keluarga.

“Aku pun tak berapa nak sokong idea kau ni Usu. Kau jangan buat main-main dengan benda ni semua.” Achik Azam menyuarakan isi hati yang juga tidak puas hati dengan tindakan adik bongsunya itu.

“Kau buat benda ni semua ada kau tanya dengan adik-beradik lain ke? Cukuplah Usu kami adik-beradik ni berkorban untuk kau. Along tu banyak sangat dah jasa dia pada kau. Kau jangan jadi adik tak kenang budi Usu.” Ude Idan menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.

“Eh! Usu! Kau ingat balik. Along tak sempat nak jumpa arwah ayah buat kali terakhir bukan disebabkan kau? Bukan kerana kau? Sayang dia pada adik dia. Biar kena maki. Biar kena halau. Tapi tindakan kau ni dah buat hati dia luluh kau tahu? Kau ni jenis manusia apa Usu?” Ateh Udin yang tadinya bersandar pada tingkap rumah menunding-nunding jarinya ke arah Usu Ahlan.

Saat itu Long Madi sudah mula menundukkan wajahnya ke bawah. Tahu, tika itu dia menangis. Teringatkan arwah ayahnya mungkin. Ngah Aman yang berkerusi roda disebelahnya mengusap lembut belakang Long Madi. Cuba menenangkan Long Madi.

“Aku tahu apa aku buat ni Ateh. Ni semua untuk kepentingan kita semua juga. Kau jangan risau, orang yang uruskan semua ni kawan aku. Kau boleh percaya dengan dia. Lagipun dia dah bagi pendahuluan 1.2 juta dekat aku. Seorang akan dapat 200 ribu. Baki dia akan bagi selepas semua ni selesai.” Usu Ahlan tenang menjawab sambil meletakkan cermin matanya di atas meja makan.

“Kau ni terdesak sangat ke Usu nak pakai duit? Ke kau dah buta dengan duit yang kawan kau tabur tu?” Jerkah Ude Idan.

“Kau dengar sini Usu. Kalau kau rasa kau tak berkemampuan. Kau jangan kahwin sampai berpuluh-puluh. Tu masa kau cerai dengan bini pertama kau tu. Masa kau tergila-gilakan betina kat tempat kerja kau tu. Siapa jaga anak-anak kau? Makan minum pakai dia orang? Nak harapkan bekas bini kau tu yang tak kerja tu? Kau tanya anak-anak kau tu? Siapa? Ni! Aku yang kutip. Aku yang jaga. Alhamdulillah bila dah besar jadi manusia semuanya.”

Anak-anak Usu Ahlan dengan isteri pertama masing-masing menundukkan wajah. Tanda akur dan setuju dengan kenyataan Ateh Udin. Sejurus dia menyambung lagi.

“Dah kena kikis dengan betina tu. Kau tak serik lagi. Bercinta pula dengan bini kau yang kedua kan? Kahwin. Bahagialah kononnya. Dapat tahu bini sakit barah. Pasang lagi seorang. Anak dah masuk dua dengan bini nombor tiga baru lah abang-abang kau yang bodoh ni tahu kan? Bini kau tu, sampai ke mati dia tak tahu dia dimadukan. Suami jenis apa kau ni?”

“Sudahlah tu. Tak elok bertengkar adik-beradik. Tak malu ke dengan anak bini ni?” To’ Wan sudah teresak-esak di satu sudut. Ditenangkan oleh Long Tipah, Ngah Esah dan Achik Shira.

“Mak, biar dia tahu siapa diri dia mak. Biar dia sedar sikit. Kalau tak sampai bila dia tak tahu asal usul dia macam mana. Hidup dia tunggang-langgang. Tu, Usu Ina tu. Bini nombor enam. Empat lima entah siapalah. Abang-abang sendiri tak tahu. Kau beruntung Usu Ina kau tu baik. Tak melawan. Ikut saja cakap kau. Dalam baik-baik dia pun kau kahwin juga lagi. Tu Izzah, peguam kat KL. Tu Nani, pensyarah universiti. Dah nak sama umur dengan anak sulung kau dah. Kau tak terasa nak cukupkan kuota kau ke?” Tercungap-cungap Ateh Udin menarik nafasnya.

“Aku tahu aku banyak buat salah. Aku tahu semua tu. Tapi...” Belum sempat Usu Ahlan menghabiskan kata-katanya, Long Madi terus memotong.

“Along kalau boleh, along tak nak jual tanah pusaka ayah tu. Along nak dirikan rumah kat situ. Along dah tak larat Usu. Along nak sangat mati kat sini. Along nak mayat along nanti satu tanah dengan ayah. Dah lama sangat along duduk negeri orang.”

Suasana kembali menjadi hening. Sebak menyelubungi setiap ruang. Diganti dengan sedu-sedan kaum-kaum wanita di dalam rumah Ngah Aman ini.

---intermission---


So, that's how Eiman ended up here in Malaysia. This is all about my late grandfather's will. A little bit confused? Siapa yang baca previous entry, dia mesti akan tertanya-tanya. To' Bah dah meninggal? The answer is NO. Actually, To' Wan kahwin dua kali. After To' Ayah passed away. To' Wan kahwin dengan To' Bah. Tapi perkahwinan To' Wan dengan To' Bah tak ada sebarang anak pun. Semua ni pun diceritakan To' Bah sendiri. Patutlah selama ni Eiman terfikir kenapa nama To' Bah lain dalam passport papa.

Adik-beradik papa semuanya lelaki (Long Madi, Ngah Aman, Ateh Udin, Ude Idan, Achik Azam and Usu Ahlan). What can I say is keluarga To' Wan ni besar sangat-sangat. Sebab my cousins ada yang dah dapat cucu. Hahaha... On that day tu, actually hari berkumpul saudara-mara lah. Memang semua kena hadirkan diri. Tak kisahlah kau dari mana sekali pun. Memang kena hadir. Melainkan ada emergency cases yang tak dapat nak elak dah.

Kalau diikutkan pada To' Ayah's will, tanah pusaka tu perlu dibahagikan kepada 8 bahagian (To' Wan, semua adik-beradik papa and seorang cucu sulong). Tapi Usu Ahlan dah buat satu tindakan yang membuatkan adik-beradik lain naik berang. Pembahagian tanah pusaka ni, sampai sekarang belum ada kesudahannya.  Eiman sendiri tak tahu sampai bila akan dinoktahkan.

Banyak rahsia yang terbongkar dalam masa setahun Eiman berada di Malaysia. Especially, kenapa papa beria sangat nak balik Malaysia. Semua sudah terjawab. And, I hereby revealed the truth, disclosing the untold story.






Psst : Maafkan Eiman sebab lama sangat tak update my blog okay? New entry is coming soon... 



"The thoughts of you... They are consuming me!!! Arghhh..."
_EimanHazdy_ 

Disclaimer. Copyright © 2014 Eiman Hazdy's Blog. All right reserved.

Sunday, November 23, 2014

Am Getting Back on Track



Alhamdulillah...

Getting better now. Tapi tak fully recovered pun lagi. Eiman still ada some follow-up treatments yang perlu Eiman jalani. Sorry guys if Eiman took a long time to update this blog. Kecederaan pada tangan Eiman menyukarkan Eiman untuk menaip. Sorry sangat-sangat. Actually, ada banyak stories to be told here. Eiman akan cuba update satu per satu dalam masa terdekat. Bergantung pada kesempatan Eiman. So, Eiman akan list down apa yang Eiman mungkin akan update dalam masa yang terdekat ni. Check it out!

1. The in between of Two Guys
2. He's the One in that Porn Video!
3. Karma hits the best : What goes around... Comes around
4. I am cursed : Lucky or Unlucky
5. Revelation the Truth : Disclosing the Untold Story
6. WeChat for Dummies : How to Avoid being An Idiotic
7. Hinakah Cintaku : Episode 02 : Selamat Tinggal

Maybe akan ada lagi post yang akan ditambah di kemudian hari. Hehehe... So, stay tuned guys!






"Life is too short to stress yourself with people who don't even deserve to be an issue in your life... Stay healthy and happy."
_EimanHazdy_

Disclaimer. Copyright © 2014 Eiman Hazdy's Blog. All right reserved.

Wednesday, October 01, 2014

When he said YES! and I said NO!


Just let this two pieces of pictures do all the talking instead.



I am resting for a while.






"I am in love with his own happiness. The eager must be idle. Please! Hold back tightly."
_EimanHazdy_

Disclaimer. Copyright © 2014 Eiman Hazdy's Blog. All right reserved.

Monday, September 29, 2014

The Sun

















"I don't want to ask you why?
Because I just know the answer; Don't cry...
I don't want to ask you how?
What has been done is done...

You don't see me;
Now I am far away...
You don't feel me;
Now I am not like yesterday..."
















Disclaimer. Copyright © 2014 Eiman Hazdy's Blog. All right reserved.

Tuesday, September 16, 2014

Tutorial 01 : How to Make Rounded Avatars for Blogger Comments


Here is my very first post of tutorial. Eiman decided nak buat tutorial macam ni since ada orang gatal tangan sentuh my laptop which Eiman masih dalam process pembikinan HTML untuk blog template ni. Then, all the works yang Eiman tengah siapkan terpadam macam itu saja. Tanpa SAVE that file kat mana-mana. Eiman punyalah bersusah payah study balik HTML and CSS code untuk design template yang baru ni. And in a second it is gone. Erghhh...

So, kalau ada sesiapa perasan Eiman ada temporary block my blog. Eiman rasa the best way is to share with you guys despite boleh juga Eiman ada another backup. *sharing is caring right? Eiman akan buat tutorial ni dalam bentuk World Global *in English

---intermission---

Rounded Avatars for Blogger Comments

 Steps to Make Rounded Avatars

1. You should backup your template by going to Dashboard > Template > Backup/Restore > Download Full Template.


2. Then go to Dashboard > Template > Edit HTML.


3. Expand the <b:skin> by clicking the black arrow on the left. *if it is already expanded move to step 4


4. Search for the ]]></b:skin> in your HTML. Copy & Paste the following code above/before it.



/* Rounded Avatars Comments
----------------------------------------------- */
.comments .avatar-image-container{
        max-height:50px;
        max-width:50px;
        height:50px;
        width:50px;
        border-radius:29px;
        padding:2px;
        border:2px solid #666666;
        box-shadow:-1px -1px 1px #444,2px 2px 4px #444;
        background:#ffffff;
        margin:2px 4px 2px 2px; 
}

.comments .avatar-image-container img{
        width:50px;
        max-width:50px;
        height:50px;
        max-height:50px;
        border-radius:25px;
        border:0 solid #FE081C !important;
}

.comments .comment-block{
        margin-left:75px;
}
 
5. Now save the template and you are all done.


Customization

1. Border-radius : Responsible for the curve of the borderline (right, left, top & bottom). 29px means overall the curve would be.

2. Border : Responsible for the borderline. 2px means the thickness of the border. Solid means the line of the border. #666666 means the color of the border.

3. Box-shadow : Responsible for the shadow at the back. If you are not familiar with this CSS code just leave as it be. #444444 means the color of the shadow.

4. Background : Responsible for the background behind the image. #ffffff means the color of the background.







" I don't have enough sleep. I have eye bags underneath. And I am fucking stress out! "
_EimanHazdy_

Disclaimer. Copyright © 2014 Eiman Hazdy's Blog. All right reserved.