Blog is still under maintenance. Any inconvenience caused is highly regretted. Stay tuned.
Showing posts with label Teaser. Show all posts
Showing posts with label Teaser. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Hinakah Cintaku : Rindu Terpendam


Fuh! Penat juga rasanya nak baca balik apa yang kita dah karang. Dengan Eiman yang sekarang nak kena kejar masa itu ini. Dasyat betul. Actually, Eiman karang dulu semua tu. Then, I will check back the spelling later. Mana yang perkataan nak kena Italic kan. Mana yang nak kena Bold kan. Hahaha... Leceh ke Eiman buat macam ni? Hahaha...

Malas nak buang masa sangat. Jom kita jamu dengan teaser-teaser untuk Episode 01. Enjoy guys!



"Bawa abah jumpa anak abah, Amy. Abah nak peluk dia. Abah nak cium dia. Abah nak cakap dengan dia yang abah rindukan dia. Abah rindu dia sangat-sangat. Tiap-tiap hari abah berdoa agar umur abah panjang supaya dapat dipertemukan kembali dengan anak abah. Bawa abah cepat, Amy." Dia memaut tangannya pada tiang pagar beranda. Cuba untuk berdiri. Umurnya yang kian dimamah usia sudah tidak mampu untuk dia berpaut dengan kuat. Akhirnya dia terjatuh.


"B. R. A. N. D. E. N. Oh, nama abang Beranda ya?" Tergelak kecil aku mendengarnya. Lain yang dieja, lain yang disebutnya.
"Nama adik, Aqeef."
Budak lelaki yang menggelarkan dirinya Aqeef itu meneruskan percakapannya. Mungkin dia tahu aku sama sekali tidak akan membuka mulutku untuk berborak dengan dirinya.
"Aqeef Uzwair."


"Abang tak kenal adik?" Perempuan itu ingin menduga.
Aku hanya menggangguk lemah. Tidak kupercaya apa yang terlihat kini. "Eida..." Masih kutahan sebak didada yang mula berombak. "Eimelda Hasanah." Penuh nama tertutur dibibir mulusku.


Sedari tadi, perempuan yang perutnya membulat itu sudah terduduk dilantai. Dia ditenangkan Eimelda Hasanah. "Tu memang abang Eiman kan? Eida tak tipu kak Lieya dengan ummi kan? Eida tak tipu kan?" Dia merangkul leher Eimelda Hasanah. Teresak-esak dalam dakapan adiknya itu. "Siang malam kak Lieya tengok ummi berdoa. Besar sungguh kuasa Tuhan. Doa ummi dah dimakbulkan. Amin."


"Who says you can step on my lawn?" Belum sempat aku menghabiskan ayat, lelaki itu terus membidas kata-kataku. Menayangkan wajah tidak puas hatinya. Marah sangatkah dia kepada diriku ini hanya kerana memasuki halaman rumahnya? "Here is your stuff! Now get lost! I don't want to see your face ever again!"


"Jangan tinggalkan ummi lagi, Eiman." Terkejut dengan reaksi aku yang spontan memalingkan tubuh, perempuan tua itu terhenti separuh jalan. Berdekatan dengan tempatnya lelaki tadi berdiri. "Amy, bagitahu Eiman jangan tinggalkan ummi lagi. Ummi rindu dekat dia. Ummi sayang dia." Dia menggoncangkan tubuh lelaki tadi. Kuat.


Any comment? Hahaha... Full episode akan Eiman publish dalam masa yang terdekat ya. Tak lama dah tu. Maaf ya sebab lambat sangat keluarkan Episode 01 ni. Maaf sangat-sangat.






"Eiman, abang accident ni. Accidentally fall in love! Aku bunuh juga abang aku ni. Boleh main-main dengan aku. Tercabut separuh nyawa dengar mula-mula."
 _EimanHazdy_

Disclaimer. Copyright © 2014 Eiman Hazdy's Blog. All right reserved.

Friday, June 13, 2014

Hinakah Cintaku : Maafkan Eiman


Well, rasanya kalau baca tajuk pun semua dah tahukan apa dia. Betul tak? Actually penat juga lah Eiman nak fikir tajuk apa yang sesuai nak letak untuk novel genre percintaan ni. And finally, I decided to use this title as my new piece. Bukan karya sulung Eiman pun. Sebab before this, Eiman ada juga buat cerpen. Cuma Eiman nak kembangkan jalan penceritaan tu untuk menjadi semakin complex. Hahaha...

Jom kita enjoy dengan teaser-teaser yang Eiman nak berikan ni. Hehehe...


"Ummi, Eiman sejuk ummi. Eiman sayang ummi. Eiman sayang abah. Eiman tak nak mati sebagai anak derhaka ummi. Eiman minta maaf ummi, abah." 
"Apa yang Eiman merepek ni? Bangun sayang. Ummi ada di sini." Dalam sebak, perempuan yang dipanggil Ummi itu mengoncangkan tubuh Eiman Hamidi. Ya. Sejuk sekali badan anak itu.


"Abah, ampunkan Eiman. Eiman sujud di kaki abah. Eiman cium kaki abah." Menggigil bibir mungilnya menyentuh kaki abah. Lama. 
"Kau bukan anak aku. Kau anak setan! Anak setan!" 


"Shall we go now?" 
Aku hanya mampu membalas dengan anggukkan yang lemah. Kereta dipandu perlahan meninggalkan Bandar Leeds. Destinasinya hanya satu. Lapangan Terbang Antarabangsa London Heathrow. 
"Au revoir Branden. Farewell my love. We're done. I'm done. This is done. I'm leaving you. For my own good. And of course it is for your own damn good; precisely."


Eiman tak akan publish terus dengan Episode 01, tapi Eiman akan jamu semua dengan Prologue dulu. Sesi perkenalan dengan "Hinakah Cintaku". Dalam prologue, tak semua watak Eiman akan reveal. Tengok sajalah nanti watak apa yang diperkenalkan. By the way, Eiman Hamidi akan menjadi tunjang utama jalan cerita dalam novel ini. Siapa dia tu? Hehehe... Malas nak cerita panjang-panjang. Nanti spoil mood pula.






"Ting! Ting! New text message received! Oh... Bukan dari Si Dia... Hampa..."
 _EimanHazdy_

Disclaimer. Copyright © 2014 Eiman Hazdy's Blog. All right reserved.