Blog is still under maintenance. Any inconvenience caused is highly regretted. Stay tuned.

Tuesday, August 12, 2014

Hinakah Cintaku : Rindu Terpendam


Fuh! Penat juga rasanya nak baca balik apa yang kita dah karang. Dengan Eiman yang sekarang nak kena kejar masa itu ini. Dasyat betul. Actually, Eiman karang dulu semua tu. Then, I will check back the spelling later. Mana yang perkataan nak kena Italic kan. Mana yang nak kena Bold kan. Hahaha... Leceh ke Eiman buat macam ni? Hahaha...

Malas nak buang masa sangat. Jom kita jamu dengan teaser-teaser untuk Episode 01. Enjoy guys!



"Bawa abah jumpa anak abah, Amy. Abah nak peluk dia. Abah nak cium dia. Abah nak cakap dengan dia yang abah rindukan dia. Abah rindu dia sangat-sangat. Tiap-tiap hari abah berdoa agar umur abah panjang supaya dapat dipertemukan kembali dengan anak abah. Bawa abah cepat, Amy." Dia memaut tangannya pada tiang pagar beranda. Cuba untuk berdiri. Umurnya yang kian dimamah usia sudah tidak mampu untuk dia berpaut dengan kuat. Akhirnya dia terjatuh.


"B. R. A. N. D. E. N. Oh, nama abang Beranda ya?" Tergelak kecil aku mendengarnya. Lain yang dieja, lain yang disebutnya.
"Nama adik, Aqeef."
Budak lelaki yang menggelarkan dirinya Aqeef itu meneruskan percakapannya. Mungkin dia tahu aku sama sekali tidak akan membuka mulutku untuk berborak dengan dirinya.
"Aqeef Uzwair."


"Abang tak kenal adik?" Perempuan itu ingin menduga.
Aku hanya menggangguk lemah. Tidak kupercaya apa yang terlihat kini. "Eida..." Masih kutahan sebak didada yang mula berombak. "Eimelda Hasanah." Penuh nama tertutur dibibir mulusku.


Sedari tadi, perempuan yang perutnya membulat itu sudah terduduk dilantai. Dia ditenangkan Eimelda Hasanah. "Tu memang abang Eiman kan? Eida tak tipu kak Lieya dengan ummi kan? Eida tak tipu kan?" Dia merangkul leher Eimelda Hasanah. Teresak-esak dalam dakapan adiknya itu. "Siang malam kak Lieya tengok ummi berdoa. Besar sungguh kuasa Tuhan. Doa ummi dah dimakbulkan. Amin."


"Who says you can step on my lawn?" Belum sempat aku menghabiskan ayat, lelaki itu terus membidas kata-kataku. Menayangkan wajah tidak puas hatinya. Marah sangatkah dia kepada diriku ini hanya kerana memasuki halaman rumahnya? "Here is your stuff! Now get lost! I don't want to see your face ever again!"


"Jangan tinggalkan ummi lagi, Eiman." Terkejut dengan reaksi aku yang spontan memalingkan tubuh, perempuan tua itu terhenti separuh jalan. Berdekatan dengan tempatnya lelaki tadi berdiri. "Amy, bagitahu Eiman jangan tinggalkan ummi lagi. Ummi rindu dekat dia. Ummi sayang dia." Dia menggoncangkan tubuh lelaki tadi. Kuat.


Any comment? Hahaha... Full episode akan Eiman publish dalam masa yang terdekat ya. Tak lama dah tu. Maaf ya sebab lambat sangat keluarkan Episode 01 ni. Maaf sangat-sangat.






"Eiman, abang accident ni. Accidentally fall in love! Aku bunuh juga abang aku ni. Boleh main-main dengan aku. Tercabut separuh nyawa dengar mula-mula."
 _EimanHazdy_

Disclaimer. Copyright © 2014 Eiman Hazdy's Blog. All right reserved.